Monday, November 9, 2009

Jenis-jenis Perniagaan Melalui Internet

Kali ini saya akan menyenaraikan jenis-jenis business internet yang boleh kita ceburi sekiranya anda sekarang sedang tercari-cari jenis bisnis internet yang sesuai. Terdapat pelabagai jenis perniagaan internet yang sesuai untuk menjana pendapatan dan selalunya anda mampu memeperolehi keuntungan yang besar. Antaranya adalah:

1.  Menjual pelbagai produk di portal eBay. Ebay adalah portal jual beli antarabangsa. Penjual dan pembeli   adalah terdiri daripada masyarakat antarabangsa. Nilai jual beli kadangkala mencecah beratus juta setahun.

2. Menjual pelbagai produk di Lelong.com. Lelong pula merupakan portal jualan online Malaysia. Pembeli biasanya merangkumi rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei. Manakala penjual adalah terdiri dari rakyat Malaysia rata-ratanya. Jual beli di Lelong.com kadangkala mencecah sehingga RM 10 juta sebulan.

3. Menjual panduan-panduan ilmu seperti ebook secara online. Anda juga boleh menjual produk-produk fizikal secara online dengan mengiklankan dan menjual melalui laman-laman web anda sendiri.

4. Menjana pendapatan melalui program affiliate - ia adalah satu program menjana pendapatan online dengan menjadi ejen sesuatu produk dan memasarkan secara online. Pemasaran boleh dilakukan melalui email, pasarkan melalui website ,di forum-forum dan sebagainya. Mereka yang menyertai program ini akan diberikan komisen setiap jualan yang diperolehi. Biasanya peserta affiliate akan dibekalkan bahan-bahan dan perkakasan pemasaran internet.

5. Menjana pendapatan dengan memaparkan iklan dalam blog, contohnya Google Adsense. Peserta biasanya mencipta blog dan memaparkan iklan-iklan yang difikirkan sesuai oleh Google. apabila ada orang melayari blog anda dan klik pada iklan yang terpapar, anda akan mendapat sedikit imbuhan. Untuk berjaya anda perlu memikirkan cara untuk menarik pengguna-penguna internet melayari dan melawat blog anda.

Terdapat banyak lagi jenis-jenis perniaagaan internet yang boleh anda ceburi dan sertai. Tetapi berdasarkan pendapat pakar-pakar perniagaan internet, perniagaan berasaskan jualan produk fizikal adalah yang paling menguntungkan contohnya eBay dan lelong.com