Tuesday, September 29, 2009

Menjana Pendapatan Melalui Blogspot

Saya sekarang dalam process untuk menjana wang melalui google blogspot. Buat masa ni sedang mencari information yang berkenaan dengan blogspot. Nanti apabila saya berjaya buat duit melalui cara ni akan saya ceritakan caranya kemudian itu pun tak tau bila khatam nak buat blog la.

Thursday, September 24, 2009

Emas

Tahu kah anda sejak kebelakangan ini ekonomi agak tidak mengalakkan kita berbelanja atau spend kepada apa-apa saja. Nilai matawang kita seolah-olah sejak beberapa tahun kebelakangan ini agak fragile apabila ia diperdagangkan pada pasaran matawang antarabangsa .Tidak berapa pasti sejauhmana kebenarannya keadaan pasaran matawang ini. Dalam keadaan sekarang ini kebanyakkan kita tidak sedar bahawa dengan nilai matawang yang fragile ini kita tidak berusaha untuk mencari penampan atau back up kalau berlaku sesuatu pada nilai matawang kita, sekaligus kuasa beli kita dengan menggunakan matawang kita akan lemah. Harap-harap kita tidak menghadapi masalah seperti Zimbabwe ,nak beli telur 2 biji dah mencecah nilai Trillion matawang mereka. Banyak negara maju sekarang telah menggunakan pendekatan yang lama untuk mengekalkan matawang dan ekonomi mereka pada tahap yang lebih kukuh iaitu dengan membeli emas. Even Dr. Mahathir telah WARNING kita beberapa tahun yang lepas supaya simpan emas sebanyak yang mungkin. Saya rasa apa yang disarankan tu betul. Sebabnya pada tahun 80-an dikampung saya ada sekeluarga orang Kemboja, mereka ni pelarian perang, mereka membawa sedikit pakaian bersama berkilo-kilo emas. Sampai kat sini mereka jual emas terus buat modal jual kain dari Kelantan. Selang 5 tahun keluarga mereka antara orang-orang terkaya di Batu Pahat. Hebat tak hebat penangan emas ni . Jadi simpan lah emas sebanyak mungkin untuk backup. Emas sekarang harga tak pernah jatuh. Setiap 5 tahun nilainya naik hanpir 200 %. Ada duit beli lah emas yang dijual di bank-bank tempatan,contoh Maybank emas Kijang 1 aun (RM3000++) simpan setahun, dua tahun atau 5 tahun lepas tu jual keuntungannya lebih baik dari ASB. Tak rugi pun Cik Bedah oooiiii.