Thursday, October 15, 2009

Menjana Pendapatan Melalui Internet

Baru-baru ini saya ada membaca satu artikel berkenaan kajian perniagaan di internet dan kesannya pada peniaga-peniaga kecil di negara ini. Daripada artikel itu ada menerangkan betapa pentingnya peniaga-peniaga kecil memasarkan, menjual dan mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di internet seperti di lelong dan ebay.
Tahukah anda hasil daripada kajian artikel itu peniaga-peniaga bakal kehilangan 84% bakal pelanggan baru mereka sekiranya mereka tidak memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet atau di lain-lain portal jualan melalui internet. Dan golongan umur yang melayari dan membeli melalui internet dan portal-portal jualan lain adalah terdiri dari lingkungan umur 20 tahun hingga 39 tahun (kajian di lelong). Mereka inilah yang tergolong dalam peratusan 84 % tadi. Trend ini semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi di seluruh dunia dan di Malaysia, pengguna/pelanggan-pelangan mencari alternative lain untuk berjimat cermat.

Tahukah anda bahawa pelanggan/pengguna sekarang akan mencari produk dan perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu sebagai tindakan paling utama sebelum mereka membuat keputusan keluar mencari barangan di kedai-kedai atau pasaraya. Sekiranya mereka jumpa barangan yang mereka hajati di internet sudah tentu merka tidak memilih untuk keluar ke kedai dan pasaraya. Ini adalah kerana peniaga di internet dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

Kajian e-dagang VISA mendedahkan sebab-sebab utama orang ramai membeli di internet adalah :

1. 83 % pembeli berkata mereka mendapat harga terbaik pelbagai barangan dari peniaga internet
2. 88 % pembeli berkata mereka boleh membeli belah pada bila-bila masa 24 jam dari rumah
3. 82 % pembeli berkata membeli di internet adalah mudah dan jauh daripada pelbagai masalah seperti kesesakkan jalanraya, parking berbayar, jimat masa dan tenaga.

Membeli secara online di internet adalah trend terkini perniagaan, maka menguasai penggunaan internet adalah satu kelebihan kepada peniaga-peniaga kecil. Ia sebenarnya memberi manfaat yang besar pada peniaga-peniaga dalam menjana keuntungan yang lebih tinggi. Akhir sekali tahukah anda portal lelong.com menguruskan jumlah jualan RM 10 juta lebih sebulan untuk peniaga-peniaga di internet.